LET ME LUV U D WAY I DO..LET ME LUV U JUZ D WAY U ARE..

Guys, we love you, we really do. But as wonderful as you are, every so often you do something that makes us want to jump out the nearest window or push you out first...

Saturday, May 22, 2010

SURAT TERBUKA SEORANG LELAKI...

saudariku..
Mungkin aku tidak romantis bukan pujangga
Kau tak mengenalku dan memang tak perlu kau tahu.
Tapi bagiku kau bunga, kau bulan, kau bintang.
Kau sang ratu makhluk sempurna terindah.

saudariku..
Jangan pernah biarkan aku manatapmu penuh,
kerana itu akan membuatku mengingatimu.
memenuhkan jiwa ragaku dengan inginkanmu.
Tersusun gambarmu dalam tiap dinding khayalku.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku.
Kerana dirimu terlalu indah buatku yg masih berlumpur.

saudariku..
Berdua denganmu melarik mimpi khayalan yang tak berhujung.
Ada ingin yang tiada henti untuk menyentuhmu, membelaimu
meski hujung selendangmupun tak tergamak kucemari.
Namun jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku
Bila kau kalah kau menjadi wanita biasa malah hina
didepannku..sucimu wajib kau pertahankan

saudariku..
Jangan pernah kau lirikku dengan angan ku pembela sejati
Kerana ku masih memakai topeng indah pada wajah burukku.
Sedangkan kau memang suci, cuma mungkin termanipulasi.
Kerana kau hanya seorang wanita..

saudariku..
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci
yang akan sepenuh hati membawamu kehadapan Rabbi.
Untuknya dirimu sempurna, itu kata fikiranku,
terukir dalam kitab suci, tak perlu congak lagi.

Tunggu sang lelaki itu menjemputmu,
dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah.
Atau kejar lelaki suci itu, kerana itu hakmu,
seperti dicontohkan ibunda Khadijah.
Jangan ada ragu jangan ada malu,
kerana itu terukir dalam kitab suci.

saudariku..
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas.
Relakan Allah pilihkan lelaki suci itu untukmu,
mungkin sekarang atau nanti, atau tak ada sampai kau mati.
kerana mungkin dirimu suci untuk semua lelaki di fana ini.
& mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu,
yang kau bangun dengan segala khusyuk tangis doamu.

saudariku..
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu,
tapi itu pilihan-Nya tak ada yang lebih baik.
Kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu
melainkan pada jalan yang kau pilih,
seperti kisah seorang wanita sufi di masa lalu
yang meminta keIslaman sebagai mahar pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu
menerima keputusan Sang Kekasih Agung.
Kekasih tempat kita memberi semua cinta
& menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.

**benarlah janji Allah..

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki yang jahat....
perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik....
Mereka itu(orang2 baik) terlepas dari tuduhan yang mereka katakan
untuk mereka itu keampunan dan rezeki yang mulia."
(annur:26)

Friday, May 21, 2010

ERTI SEBUAH CINTA


Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik, lalu siisteri bertanya kepada sisuami.

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sekeping nota buat isterinya yang disayangi yang diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang!Jika sebab suaramu aku mencintai mu sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika sebab kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu.. sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu
Jika sebab senyumanmu aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika sebab setiap langkahmu di situ cintaku..sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?
Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.. yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkan dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan menyesal.....

Saturday, May 1, 2010

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?


Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salun Iman.
# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".
# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.