LET ME LUV U D WAY I DO..LET ME LUV U JUZ D WAY U ARE..

Guys, we love you, we really do. But as wonderful as you are, every so often you do something that makes us want to jump out the nearest window or push you out first...

Wednesday, January 19, 2011

SUKA SUKA


(Terbaca post ni dari sebuah belog.. suka..:) Sweettttt juga. hi3.)

Saya mengaku saya tak cantik.
Saya tak reti & tak suke pakai mekap.
Saya tak suka dress up macam budak zaman sekarang.
Suka hati orang lainlah nak kata saya tak up-to-date or whatsoever.

Saya tak nak awak suka saya sebab bedak kat muka saya.
Sebab nanti kalau bedak dah hilang, mungkin awakpun hilang sama.
Saya tak nak awak suka mekap kat muka saya.
Sebab saya rasa hipokrit awak kata saya cantik,
mekap tu yang cantik sebenarnya.
Saya tak nak awak suka saya sebab saya pakai skinny jeans.
Sebab saya tak suka tunjuk2 body kat orang.

Saya nak awak suka saya sebab saya adalah saya.
Saya nak awak terima saya seadanya.
Terima keluarga saya.
Bukan sebab bedak di muka saya,
bukan sebab mekap dan sebagainya.

Saya pun cuba terima awak seadanya.
Saya tak kisah awak gemuk ke kurus ke.
Sebab bagi saya, 'Kegemukan adalah satu anugerah kecomelan!'
Saya tak kisah awak tinggi ke rendah.
Yang penting, awak ikhlas terima saya.
Ikhlas tu kite yang sama2 kena cari.

Saya harap awak boleh jadi imam saya nanti.
Saya tahu awak mampu bimbing saya.
Sebab saya insan lemah yang perlukan bimbingan.
Saya harap awak tolong saya jaga ibu ayah saya.
Saya pun boleh tolong awak jaga ibu ayah awak.

Saya faham semua orang ada masalah.
Saya ada masalah, awak pun ada.
Jangan risau, kite boleh share sama2.
Walaupun kadang2 saya tak dapat tolong selesaikan,
tapi sekurang2nya saya boleh tolong dengar.

Kalau jodoh saya & awak dah sampai
Saya tak kisah sebab saya percaya semua itu urusan Allah
Saya redha.

Ikhlas dari,
Saya.