LET ME LUV U D WAY I DO..LET ME LUV U JUZ D WAY U ARE..

Guys, we love you, we really do. But as wonderful as you are, every so often you do something that makes us want to jump out the nearest window or push you out first...

Thursday, November 11, 2010

ANGKARA SIHIR DAN KESANNYA

Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya. Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.

Terdapat pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti berikut :

Sihir Pemisah
Sihir Pengasih / Sihir Pemikat / Ilmu Guna-guna
Silap Mata
Sihir Gila
Sihir Membuat Orang Tidak Bermaya
Sihir Mendengar Panggilan
Sihir Membuat Penyakit
Sihir Pendarahan
Sihir Menahan Pernikahan
Sihir Pukau

****Ingatlah bahawa tukang sihir atau orang yang menggunakan sihir kepada seseorang akan menyebabkan aqidahnya tersasar kerana :

meminta pertolongan dan menyerahkan ketaatan selain daripada Allah (menjurus kepada perbuatan mensyirikkan Allah)
melakukan kezaliman sesama manusia


SIHIR PENGASIH

Sihir ini juga dikenali sebagai Ilmu Guna-guna atau Sihir Pemikat

Tanda-tanda :
Asmara cinta yang keterlaluan
Berubah secara spontan dari benci kepada suka
Cenderung melakukan perbuatan seksual
Sukar mengawal cinta
Rindu bayang berlebihan
Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal
Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya
Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai

Sebab-sebab :
Timbulnya pelbagai perselisihan antara suami isteri
Mencuba dan ingin tahu
Perasaan cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi
Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya
Melariskan perniagaan
Mendapatkan pengiku

Kesan-kesannya :

Adakalanya suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama
Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat daripada sesetengah tukang sihir yang tidak mahir menggunakan sihir tersebut
Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.

(Dicatat oleh Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah)

Saturday, October 2, 2010

KITA HANYA MERANCANG..

..kenapa harus ada sifat hasad dengki?.. rasa irihati atas kelebihan orang lain?.. kenapa sanggup menentang arus TAQDIR untuk menganiaya sesama insan?..
..ketahuilah.. cantik huduh hanya di mata.. bijak bodoh hanya di akal.. bahagia derita hanya di rasa..
.. semuanya MILIK DIA.. semuanya fana dipinjamkan hanya sementara..
.. yang membezakan kita hanya IMAN di hati.. yang abadi hanya amalan sole.. yang akan kita persembahkan kepadaNYA di alam ABADI..


(GADISMmu DALAM KOMA)

Gadisku dalam koma
Seriuskah keadaannya
Gadisku dalam koma
Seriuskah situasinya

Dengarkanlah
Lagu ini bila sedar
Btapa pilu tangisku
Ku b.ikrar xkan ingkar
Moga kau sembuh segera

Gadisku dalam koma
Seriuskah keadaannya
Gadisku dalam koma
Seriuskah situasinya

Maafkanlah Diri ini jika pernah Salah & silap dengan mu
Ku berdoa ke atas-Nya Moga kau pulih semula

Gadisku dalam koma Seriuskah keadaannya
Gadisku dalam koma Seriuskah situasinya

Friday, October 1, 2010

HATIKU BUKAN PUALAM

Hatiku bukan pualam,
Yang bersinar seperti delima,
Kadang malap dan tidak bercahaya,
Kadang suram tanpa berita.

Hatiku bukan pualam,
Yang selalu gembira dan tawa,
Tanpa ada duka sengketa,
Meski walau sesaat tawa terleka,
Tidak seindah yang diharapkan.

Hatiku juga bukan pualam,
Ibarat puar yang tumbuh melata,
Tiada yang jaga dan disirami,
Hanya kesepian kesunyian peneman,
Permata yang tiada harga.

Jika gembira, aku tawa sendirian,
Jika menangis, tiada henti.
Seolah hatiku telah disumpah,
Akibat kualat yang menimpa,
Benar, percayalah
Hati aku bukan pualam yang diharapkan.

~~Indah bait2 puisi ini.. yeah! hatiku juga bukan pualam~~
~~jgn sesal syg! bila nanti tak mampu kupujuk dgn apapun lagi~~

#syawal yang belum habis.. Petang ini akan bergerak ke selatan.. memenuhi undangan 'open house' d cheras.. s.alam.. klang.. sepang.. rembau.. bahau dll.. Banyaknya!.. tahan k badan?.. larat k makan?.. sempat k?.. Mana yang sempatlah ye.. yg x sempat tahun depan kalau umur panjang.. insyaALLAH!

Wednesday, September 29, 2010

30.9.10

Dah lama terpendam di 'dunia baru'.. Semalam lepas subuh.. mulakan aktiviti baru.. cycling along the roadside.. quiet fun! Tadi cycling lagi.. tapi cuma di sekeliling taman.. oklah.. still fun!..

MENGHITUNG HARI

Diam tak diam rupanya sudah 4 bulan hidup di 'dunia baru'.. meninggalkan alam pengajian.. merasa sekejap alam pekerjaan.. Apa rencanaMU ke atas diriku.. aku pasrah saja & moga 1 hari nanti dapat ku kutip akan hikmahMU.

Ramadhan telah lama berlalu.. walau tak sebanyak mana dapat kuraih rahmatMU di bulan itu.. moga bertemu lagi ramadhan yang akan datang & akan kutambah amal ibadahku.. itulah azam setiap tahun melewati ramadhan.

Syawal juga kini dipenghujungnya.. sempatlah juga menghadiri beberapa rumah terbuka. Hujung minggu ni adalah kemuncaknya.. semua berebut untuk menyempurnakan rumah terbuka.. penuhilah mana yang sempat.

Saturday, September 25, 2010

monolog cint@in@



Hampir 2 tahun.. begitu cepat masa berlalu.. namun sesekali semuanya masih segar berputar di minda.. TAQDIRNYA mempertemukan kita.. berteman biasa berkasih istimewa.. ada indah disulami gundah.. ada ria diselit sedikit lara.. lumrah percintaan adam & hawa..

Buat kamu.. maaf! ku pasrah undurdiri demi bahagia jiwa2 yang lain.. Sesekali kau menyapa.. hati tetap tersentuh terkenang masa silam bahagia kita.. Buat kamu pula.. kuboleh tutup mulut dari mengungkap walau sepatahpun tentang kamu.. tetapi maaf! pertemuan kita adalah satu episod hidup.. mana mungkin untukku padamkan terus selagi hembusan nafas tidak terpadam.. & marahmu adalah penglipurlara hati ini.. Apapun buat kamu2 yang pernah menyapa hati ini.. maaf jika aku yang khilaf.. di sisiku tiada amarah tiada benci tiada dendam.. biarlah semuanya menjadi kenangan abadi.. kerana semua itu adalah sebuah TAQDIR perjalanan masa lalu seorang aina.

Hari ini aku ada dia yang sedang utuh di hati.. dialah bahagia dialah suka dialah penawar dialah rindu.. sesekali dialah duka. Terimakasih kerana sudi menyayangi menyintai menghulur bahagia.. moga selusur jadual hidup kita ketemu bahagia hingga ke hujung..

"Berjanjilah..Hanya aku di hatimu.. kerana aku dah berjanji hanya kau di hati"

Thursday, September 23, 2010

MENGAPA LELAKI KAHWIN LAMBAT


Bukan sedikit lelaki yang kahwin lambat hari ini. Agaknya mengapa? Saya ingin berikan suatu contoh.

Katakanlah anda adalah seorang lelaki berumur 23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang pegawai. Gaji bulanan adalah RM 2000 dan anda tidak mempunyai simpanan di dalam bank. Setiap bulan, katakanlah perbelanjaan makanan, pengangkutan, bil-bil, sewa rumah dan perbelanjaan lain adalah RM 1200. Kemudian, sebagai anak yang baik, anda mengirimkan wang ke kampung sebanyak RM 300. Maka baki bulanan adalah RM 500. Berbekalkan disiplin dalam menyimpan duit untuk masa depan, mungkin anda dapat menyimpan duit sebanyak RM 5000 setahun.

Setahun berlalu, anda berumur 24 tahun. Dengan izin Allah, anda berkenalan dengan seorang gadis impian. Masing-masing telah merancang untuk berkahwin dalam masa setahun atau dua tahun lagi. Maka, anda berazam untuk menyediakan kemudahan asas seperti rumah dan kereta sebelum berkahwin. Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%.

Dibesarkan dengan famili yang sungguh baik, anda menjadi seorang yang 'gentlemen'. Semua perbelanjaan untuk 'dating', hadiah, bunga dan seumpamanya sudah pun disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan untuk si dia.

Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan mee segera untuk berjimat, anda berjaya mengekalkan RM 5000 sebagai simpanan tahunan. Malah, syarikat pula memberikan bonus sebanyak 2 bulan pada tahun tersebut. Maka bertambah lagi RM 4000 dalam simpanan. Kini anda memiliki RM 14,000 dalam simpanan bank.

Sudah tiba masanya untuk membeli kereta. Maka anda membayar RM 8000 sebagai bayaran permulaan untuk kereta baru yang berharga RM 40,000. Kini simpanan bersih anda hanya tinggal RM 6000. Tahun berikutnya, ketika berumur 25 tahun, anda perlu membayar pinjaman kereta setiap bulan. Ini bermakna, simpanan bulanan hanya tinggal RM 400 sebulan. Bonus pula tidak diberi oleh syarikat kerana prestasi syarikat kurang baik pada tahun itu. Jumlah simpanan semasa hujung tahun adalah RM 11,000 sahaja.

Bertunang
Akhirnya anda membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis impian. Dia gembira dan bersetuju. Maka, RM 1500 dibelanjakan untuk cincin emas dan hantaran. Simpanan kini hanya tinggal RM 9500. Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun. Alhamdulillah, anda diberi kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM 3000.

"Ini berita baik! Aku nak menamatkan zaman bujang tahun ni!" Anda bersorak girang. Pada suatu hari, anda mengambil cuti separuh hari untuk berbincang dengan tunang.

Anda : "Berape Yg eh hantaran kahwin kita?"
Tunang : "Berapa-berapa yang B sanggupla."
Anda : "RM 5000, okay?"
Tunang : "Yg okay je. Tapi my ummi tu. Dia kata grad oversea macam Yg ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM 10,000 tau!" (local graduate murah sikit kut)

Sikit lagi anda nak pengsan mendengar jawapan bakal isteri anda. "Mana aku nak dapat duit lebih?"

Kerja Lebih Kuat
Oleh kerana anda terlalu sayangkan dia, anda bekerja dengan lebih kuat sehingga dianugerahkan pekerja cemerlang. Malah, anda menambahkan pendapatan melalui perniagaan jualan langsung secara kecil-kecilan. Akhirnya dapat la anda simpan RM 20,000 pada tahun tersebut. Suatu pencapaian yang amat membanggakan!

Sekarang umur anda sudah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tetapi, mak pula pesan :
"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand-grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita guna katering je la ya? RM 10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sikit. Kita jemput dalam 1000 orang. Set!"

Pengiraan pantas dijalankan :

1000 orang x RM 10 = RM 10,000.
Penyanyi, khemah, kad kahwin dan baju = RM 5000.
"Alamak, dah RM 15,000! Belum cincin kahwin lagi! Adoi!" Getus hati anda.

Anda 'slow talk' dengan mak anda :
"Mak, nak buat apa membazir duit ni?"
"Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul."
"Tapi mak..?"
"Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri datang. Mana la mak nak letak muka mak kalau kita buat kenduri kecik-kecik?"

Akhirnya..
Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin juga. Fuh! Seronok dan bersyukur habis. Tetapi, apakan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang dan kadar 'interest' makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar. Isteri kesayangan dah letih kalau anda asyik nak minta duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah dan macam-macam lagi.

Akhirnya? Bercerai..
Masalah yang membuahkan masalah. Kadang-kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal di negara kita. Contoh yang saya huraikan di atas adalah salah satu contoh kasar yang boleh dilihat, kenapa orang kita kahwin lambat atau susah nak kahwin.

Punca masalah:
Pada pandangan saya, budaya kita yang tak kena tempat. Banyak perkara dalam budaya kita yang tidak masuk akal dan kadangkala meyusahkan diri sendiri. Budaya yang berakar umbi ini menyebabkan ramai orang takut nak berkahwin, dengan alasan mereka tidak mampu walaupun secara fizikal dan mentalnya mereka sebenarnya mampu.

Sedikit pemerhatian dan penyelidikan yang saya lakukan:

01.Perkahwinan perlu dilakukan secara bersederhana.Motif kahwin kan nak menjamu saudara-mara dan rakan-rakan? Jadi, makanan sahaja lah yang perlu diambil kira. Tak perlu nak membazir duit untuk perkara lain seperti pelamin. Biasanya, pelamin yang biasa sahaja pun dah berharga RM 1500. Itu baru pelamin. Belum lagi hiasan ini dan hiasan itu.

02."Harga" seseorang wanita diukur dari tahap pendidikan beliau dan bukan diukur dari pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam. Apabila wang hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan. Sedangkan akad nikah itu lebih penting dari wang hantaran.

03.Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, tetapi kini ia telah menjadi beban. Zaman kini, perkahwinan sangat rumit dan rata-ratanya takut untuk berkahwin.

Semasa saya di Sydney, saya lihat beberapa rakan muslim kita yang berkahwin hanya di masjid. Kemudian ada kenduri kecil yang dijalankan di masjid. Para jemputan terdiri dari jemmah masjid, kawan-kawan dan saudara terdekat. Perkara yang perlu difokuskan adalah kehidupan selepas berkahwin, bukannya majlis perkahwinan. Majlis itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan.

Namun hakikatnya kini seolah-olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik bagai nak rak, tetapi di dalam rumah, kosong, gelap dan tidak menarik?

...and the pressure is on men...

Info Penulis Artikel di atas telah diolah dengan kebenaran oleh penulis asal: Nina Nurziana, rujukan artikel asal sila lihat di pautan NinaNurziana

Tuesday, August 3, 2010

BERPASANGAN


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah, Allah menciptakan isteri-isteri bagi kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Kemudian Allah menciptakan kasih-sayang diantara kamu (antara suami-isteri)" [Surah Ar-Ruum: 21]

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, sehingga Adam a.s rindukan Hawa? Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesai kan masalah. Kenalkan mereka kepada cinta Allah yang Maha Agung, disitulah segala jawapannya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Ilahi. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki lelaki waja. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan. Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Ali.
(wallahu'alam)




Malam dan siang Pagi dan petang
Langit dan Bumi Matahari dan bulan
Semuanya berpasangan
Hingga Adam berasa keseorangan
Bertanya kepada Pencipta-Nya Siapakah pasanganku?
Maka dijadikan Hawa dari tulang rusuk kiri yang bengkok
Agar dapat mereka berkasih sayang
Sungguh sempurna dunia ini Tiada yang berseorangan
Semuanya diciptakan secara berpasangan
Malangnya tak ramai yang menghargai
Lantas mendatangkan kemusnahan di muka Bumi

Hai manusia Belajarlah mengetahui sistem alam
Kerana kau akan temui Asas kedamaian dan kebahagiaan yang dicari
Ketahuilah Sistem kehidupan yang sempurna itu ialah ISLAM

Thursday, July 22, 2010

NEVER LET ANYONE STEAL YOUR SUNSHINE


“Your love is nothing I can’t fight. Can’t sleep with the man who dims my shine!”
"If you could read my heart, you’ll know how broke it was since that day."

That’s the problem with many relationships these days. People have been so conditioned to thinking that being coupled is the most important thing there is to a social existence. Ranked above friendship, a career, even above your own happiness. That last part always had me confused though, think about it- Being with someone is more important than being happy? I must have grown up on too many fairy tales because the two (being coupled and being happy) always used to go hand-in-hand in writings. So when did it happen that happiness was not a side effect of this “relationship” we’re trained to desperately seek?

Let it be this:
1. You’re worth more to you than you are to anyone else, value yourself appropriately.
2. Love who you’re with, but never be blinded by the feeling to the point you’re no longer self-sufficient
3. Spend time developing solid friendships. Lovers will come and go, but your friends will be there to have your back.
4. Learn to be happy alone or you’ll never know how to be happy with someone
5. Never mistreat those close to you. The same way you wouldn’t want someone mistreating you and
6. What goes around DOES come around, maybe not today, but when that other shoe drops you better pray you’re not under it.

Now go on, live, love, and glow!

"If you could read my heart, you’ll know the true meaning of trust and sincerity."
TAWAKALTU 'ALALLAH

Friday, July 16, 2010

SIAPAKAH


Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu?
Orang yang dunggu adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan dan melawan nafsu yang dilarang ALLAH.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi .

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan walaupun dia mampu.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.See more

Wednesday, June 16, 2010

I WANNA SAY I LOVE YOU



You lie deep down in my heart
I feel near even we're apart
I feel your heart softly beating
even I'm alone & we're not meeting
I feel each & every breathe of yours
but.. still I miss you bcoz I love you...

I cry for you, I smile bcoz of you
we had fun, & life ful of joy with you
my sickness & pains relief bcoz I have you
the touch of your arm make me feel so secure
pictures of you scattered in my mind & everywhere
in the lonely long night you're not here
but to my heart you're very near

Dear..leave our sadness far behind
walk ahead with faith & confidence
we know the future is unknown
but tonite before I go to sleep
I just want to whisper to you
that I love you <3 ...·

Monday, June 14, 2010

MY PRINCE CHARMING


anxiously waiting for thee I am for so long
my eyes are looking for thee in this lost throng
when wilt thou ever come in my life's road
any sign of coming till now thou haven't showed

my bosom's desire is secretly fading away
just to be with you forever in my life's way
thinking now I am that me a girl so hapless
not even a glimpse I have seen of thy face

I am in love with thee but I don't know who thou art
thou remain like waves of bliss in the depths of my heart
who in my worriment to me thou so lovingly caress
and snatch me from the clutches of pain who harass

when I am all alone in this difficult path
I feel thy presence forever in this cruel earth
thou hold my hand and along with me ahead go
and lead me to the doors of happiness where ecstasy thou show

only HIM knows when in reality thou wilt ever come
to sow the seeds of excitement in my life so humdrum
my heart and mind so small but my hopes are so many
to see thou opening my world of love and bliss, oh him dear!

Saturday, May 22, 2010

SURAT TERBUKA SEORANG LELAKI...

saudariku..
Mungkin aku tidak romantis bukan pujangga
Kau tak mengenalku dan memang tak perlu kau tahu.
Tapi bagiku kau bunga, kau bulan, kau bintang.
Kau sang ratu makhluk sempurna terindah.

saudariku..
Jangan pernah biarkan aku manatapmu penuh,
kerana itu akan membuatku mengingatimu.
memenuhkan jiwa ragaku dengan inginkanmu.
Tersusun gambarmu dalam tiap dinding khayalku.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku.
Kerana dirimu terlalu indah buatku yg masih berlumpur.

saudariku..
Berdua denganmu melarik mimpi khayalan yang tak berhujung.
Ada ingin yang tiada henti untuk menyentuhmu, membelaimu
meski hujung selendangmupun tak tergamak kucemari.
Namun jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku
Bila kau kalah kau menjadi wanita biasa malah hina
didepannku..sucimu wajib kau pertahankan

saudariku..
Jangan pernah kau lirikku dengan angan ku pembela sejati
Kerana ku masih memakai topeng indah pada wajah burukku.
Sedangkan kau memang suci, cuma mungkin termanipulasi.
Kerana kau hanya seorang wanita..

saudariku..
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci
yang akan sepenuh hati membawamu kehadapan Rabbi.
Untuknya dirimu sempurna, itu kata fikiranku,
terukir dalam kitab suci, tak perlu congak lagi.

Tunggu sang lelaki itu menjemputmu,
dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah.
Atau kejar lelaki suci itu, kerana itu hakmu,
seperti dicontohkan ibunda Khadijah.
Jangan ada ragu jangan ada malu,
kerana itu terukir dalam kitab suci.

saudariku..
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas.
Relakan Allah pilihkan lelaki suci itu untukmu,
mungkin sekarang atau nanti, atau tak ada sampai kau mati.
kerana mungkin dirimu suci untuk semua lelaki di fana ini.
& mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu,
yang kau bangun dengan segala khusyuk tangis doamu.

saudariku..
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu,
tapi itu pilihan-Nya tak ada yang lebih baik.
Kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu
melainkan pada jalan yang kau pilih,
seperti kisah seorang wanita sufi di masa lalu
yang meminta keIslaman sebagai mahar pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu
menerima keputusan Sang Kekasih Agung.
Kekasih tempat kita memberi semua cinta
& menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.

**benarlah janji Allah..

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki yang jahat....
perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik....
Mereka itu(orang2 baik) terlepas dari tuduhan yang mereka katakan
untuk mereka itu keampunan dan rezeki yang mulia."
(annur:26)

Friday, May 21, 2010

ERTI SEBUAH CINTA


Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik, lalu siisteri bertanya kepada sisuami.

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sekeping nota buat isterinya yang disayangi yang diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang!Jika sebab suaramu aku mencintai mu sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika sebab kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu.. sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu
Jika sebab senyumanmu aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika sebab setiap langkahmu di situ cintaku..sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?
Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.. yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkan dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan menyesal.....

Saturday, May 1, 2010

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?


Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salun Iman.
# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".
# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Sunday, April 25, 2010

CINTA Apabila Fitrah Menjadi Fitnah


Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata, “cinta apa namanya jika tidak dating, perbualan telefon secara maraton, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?”
Remaja dan cinta- 2 perkara yang bagaikan sudah sebati. Kisah suka-duka cinta remaja sering menjadi ilham para penyair, lirik dan komposer, dan bait-bait puisi para penyair. Habis segala ciptaan Tuhan dijadikan lakaran metafora dan analogy percintaan. Embun, pelangi, salju, bulan dan bintang semuanya dijadikan lambang bagi memuja kekasih. Perubahan biologi dan psikologi remaja menyebabkan mereka menjadi peneroka cinta yang serba baru. Kekadang rasa cinta berputik lewat perkenalan dengan rakan sekelas, teman sepejabat atau cinta pandang pertama sewaktu sama-sama menunggu bas ketika hujan renyai-renyai. .aduss romatiknya!~
Apabila disebut cinta terbayang Romeo yang sanggup mati kerana Juliet, Cleopatra yang sanggup membunuh diri kerana Mark Anthony, Uda yang bersanding dengan Dara di pusara atau Qais yang sanggup menjadi majnun kerana terpisah dengan Laila. Itulah deretan kisah cinta rekaan, namun realitinya juga tidak kurang hebatnya. Ramai remaja yang sanggup meninggalkan ibu dan ayah kerana mengikut kekasih hati. Malah ada yang sanggup menukar agama untuk mendapatkan cinta. Ah, manusia tanpa cinta agaknya seperti bumi tanpa mentari…begitulah agaknya..

The Taj Mahal
CINTA FITRAH SEMULA JADI


Rasa cinta bertandang di dalam jiwa tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari atau dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa yang ‘ajaib’ itu datang juga. Tidak kuasa untuk menolaknya , apalagi kalau cinta disuburkan, maka makin marak dan menggila jadinya. Apabila cinta mencengkam diri, makan tak kenyang, tido pon tak lena dibuatnya. Seindah dan sedamai syurga, namun Nabi Adam inginkan teman. Lalu Allah menciptakan Siti Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita adalah anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang dicinta.

Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Ya, rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semula jadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah instinc. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad memerlukan makanan. Oleh kerana cinta itu fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasainya. Namun Allah tidaklah kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemuliaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh remaja. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Disinilah selalunya remaja terjebak.

Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Tuhan. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Apabila kehendak semula jadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Coal Fire
CINTA YANG MEMBAKAR DIRI


Mengapa perlu ada peraturan cinta? Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semula jadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sekali-kali bermain api cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedy yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan. Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari dengan kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak bertahan lama. Sudah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan sepaii….

Hubungan cinta jangan dicemari oleh tindakan yang melanggar syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku.. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itu cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintanya. Lupalah diri kepada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan- Nya.

Ah..bagaimanakah perasaan kita agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupe bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?

Who's in control?
MENGAWAL DIRI DARIPADA CINTA TERLARANG


Tuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta terlarang. Hukumnya dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun sudah jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah ‘orang’ yang ketiga. Lebih daripada itu pun banyak berlaku. Semuanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjelekkan – bohsia, bohjan, buang bayi dan zina..Ketika itu indahkah cinta?
Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi memerlukan peraturan dan kawalan….Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada Allah. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah swt. Allah memberikan kita fitrah itu, lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah.. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah..soalnya bagaimana? Iringilah niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya..Sabda Rasulullah saw :

“Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya”

PERATURAN CINTA

Oleh itu usahlah bercinta seqadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta itu pastinya bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-dua pihak sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya –Cinta Monyet!~

Selain itu hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tiada hukum Allah yang dilanggar. Antaranya tiada pergaulan bebas, tiada berdua-duan, tiada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara-perkara asas seperti meninggalkan solat, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta juga jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata, cinta apa namanya jika tidak ada dating, perbualan telepon secara maraton, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman? …Yakinlah tiada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta, frust cinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.

Dan ..last sekali………..

Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hamba- Nya. Cinta suci pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan sehingga pasangan itu bercinta dengan 1000 keindahannya. Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat…insyaAllah. .=) Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga, tempat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah fitrah menjadi anugerah…

Saturday, April 24, 2010

MEMO BUAT SI BELANGKAS... Karya : Fatima Syarha, Di petik dari majalah Solusi..


Menyorot dahsyatnya mitos cinta meracuni pemikiran generasi muda hari ini, pelbagai maksiat menular di sana sini. Gadis hilang harga diri. Pemuda meratah dara sesuka hati. Anak pungut merata-riti. Ah, sekotor inikah cinta anak muda? Tidak! Cinta itu tidak kotor bahkan suci sekudus embun pagi. Tangan manusialah yang mengotorinya.

Aduhai pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta!

Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedang mekar antaramu dengan si dia? Kenapa tidak nikah sahaja? Boleh khalwat lama-lama.

"Ingat nikah tu senang?!" Mungkin ini persoalannya. Mungkin ini yang membelenggu pemikiran anak muda yang sedang bercinta. Sama ada jawapannya senang atau susah, setiap pasangan yang sudah jatuh hati perlu ada niat untuk memilih jalan halal lagi diberkati ini. Niat yang bersih berperanan mengawal diri agar terhindar dari lembah zina terkutuk dan segala perkara yang menghampirinya. Apa yang dinamakan cinta lelaki dan perempuab asing hanya boleh dinikmati selepas berumah tangga. Ingat tu!

Kunasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi, dalam urusan jodoh, apa pun keputusan buatlah sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak dengan jalan istikharah dan musyawarah (berbincang). Andai di sana nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah, berfikirlah dengan optimis.

Ambil langkah yang diizinkan Allah seterusnya iaitu dengan berkhitbah (bertunang) dan saling setia pada janji syarak yang menghampiri zina lagi tidak diredhai_Nya.

Khusus buat pemuda-pemudi yang sedang dilamun cinta,

Penulis ingin berbicara dengan muda-mudi yang sedang lemas dalam lautan cinta. Teristimewa buat mereka yang tidak meletakkan nikah sebagai prioriti sekarang, demi untuk meneruskan belajar atau mengejar cita-cita.

Seringkali bila ditanya pada syabab (pemuda) tentang kenapa tak segera berzaujah (menikah), mereka amat risaukan masih tak mempunyai pekerjaan tetap.

Sedangkan ada hadis yang mana Nabi berpesan agar menyegerakan nikah bagi yang sudah bertemu calonnya. Pemuda selalu bimbang jika tak mampu memberi nafkah kepada bakal bidadari dan seluruh isi rumahnya nanti. Faktor ekonomi amatlah membebankan benak mereka. Betulkan ya syabab?

Kerisauan ini lumrah... ia lahir dari kesedaran bahawa perkahwinan itu bukan suka-suka tapi penuh tanggungjawab. Sesetengah orang membuat perhitungan hidup secara matematik, contohnya jika seorang memerlukan biaya RM1000 maka dua orang memerlukan RM2000. Hidup sendiri pun sukar dibiaya apatah lagi membiayai hidup orang lain.

Faktor ini membuatkan sang pemuda takut berkahwin. Gambaran seperti ini semakin memberat apabila hidup dikuasai berhala bernama materialisme. Apatah lagi masyarakat terlalu meletakkan ukuran materialisme dalam menjalani hidup.

Al-Quran mengecam keyakinan materialisme seperti ini dan menyuruh kita berfikiran optimis. Lihatlah Allah memberi berita gembira berupa kecukupan kehidupan bagi pasangan yang berkahwin :

"Dan nikahkanlah orang yang sendirian antara kamu, dan orang-orang yang layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia_Nya, dan Allah maha luas pemberian_Nya lagi maha mengetahui." (An-Nur : 32)

Nah, itu jaminan Allah. Jaminan siapa yang lebih patut dipercayai?

Umar al-Khattab, sahabat agung, pernah berkata sebagaimana dikutip dari al-Qurtubhi: " Saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan, padahal Allah telah menjaminnya."

Nabi Muhammad s.a.w juga memberi gambaran yang praktikal. Dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a : "Makanan dua orang dapat mencukupi tiga orang, dan makanan tiga orang dapat mencukupi empat orang." (riwayat Bukhari dan Muslim)

Tidak hairanlah Ibnu Mas'ud pernah berkata, "Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan," kemudian beliau membaca firman Allah dalam surah An-Nur, ayat 32. Apalagi, sama-sama hapuskan berhala materialisme dalam hati dan fikiran.

Buat kaum Hawa,

Yakin dan percayalah pada insan yang telah ditunjukkan Allah dalam istikharahmu walauapapun keadaannya pada masa ini, asalkan baik agamanya. Sama ada dia masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja, percayalah padanya.

Buat syabab,

Rezeki Allah amat luas, jangan dirisaukan sangat. Walaupun sesuatu pekerjaan itu tidak terpandang di sisi masyarakat contohnya bekerja sendiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah s.a.w. Beliau bersabda : "Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua penjual beli yang baik." (Riwayat Ahmad, Baihaqi dan lain-lain)

Jika kerisauan untuk menikah disebabkan faktor orang tua, berbincanglah dengan mereka penuh hikmah. Hati mereka milik Allah, dipegang Allah dan boleh dilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata. Ianya menuntut doa, kesungguhan dan keberanian. Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana merekalah insan yang paling inginkan kebaikan untuk seorang anak. Percayalah!

Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka laksanakanlah khitbah (pertunangan).

Selama tempoh khitbah, berkongsilah apa yang dirasakan mustahak dan tidak terlalu kerap berhubung untuk menjaga kesucian ikatan. Tempoh itu sesungguhnya amat menguji. Pastikan ikatan itu terjaga dari kelalaian dan segala perbuatan yang menghampiri zina.

Laksanakanlah ikatan dengan mana paling memudahkan lelaki. Aisyah r.a menjelaskan, "Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah memudahkan peminangan dan kemudahan maharnya". (Riwayat Ahmad)

Oh, kaum Hawa!

Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat? Oh, mudah kahwin itu rupanya jika ikut agama!

Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin. Takutlah pada Allah melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu. Yakinlah pada Allah. Berdoalah pada_Nya agar dipermudahkan nikah buatmu.

"Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu berpuasalah." (Riwayat Bukhari)

JOM COUPLE


MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (instinct) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA; Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (Syurga). (Ali Imran: 14).

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

Namun, Islam tidak membiarkan fitrah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM

1.Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman- NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 30) Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 31)

2.Menutup Aurat; ALLAH berfirman dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur:31) Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim). Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32). Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir). Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)

HUKUM BERCOUPLE

SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:

1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

FATWA ULAMA

Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah.
Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram?

Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya.

Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah?

Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.


SYUBHAT DAN JAWAPAN YANG SEBENARNYA

Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya:

1] Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat.

Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.

2] Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah.

Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya. Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat. Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.

FENOMENA COUPLE

Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah

Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi-Nya.

Tuesday, April 20, 2010

WAHAI HATI..


Dengan namaMu yang Maha Agung lagi Maha Tinggi,
Ku ziarahi hati-hati yang Engkau limpahi kasih Ilahi...,
Moga ini Engkau redhai sebagai amal soleh.

Wahai setiap hati yang sentiasa diperhati,
Sentiasalah melaraskan kedudukan hatimu di landasan iman dan taqwa;
"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram".(QS AR-R'ad:28)

Hati.. sesuatu yang unik kewujudannya. Mempunyai bentuk yang nyata.. juga memiliki rasa.
Sebagai salah satu organ, juga sebagai salah satu sifat yang memenuhi perasaan. Bila dilihat sebagai organ, hati yang sehat akan mempengaruhi kesehatan jasad seluruhnya. Bila hati mengalami kecederaan atau diserang penyakit, kesihatan seluruh tubuh turut terganggu.
Bila disebut tentang hati yang bersaudara kembar dengan jiwa, ianya akan berkait rapat dengan perasaan. Hati yang baik dan sejahtera akan memberi perasaan tenteram dan membentuk watak mulia dan bersopan. Kedua-dua bentuk hati ini tetap punya kesan besar dalam kehidupan insan. Sehat hati, sehatlah jasad dan mulia peribadi.

Dalam memenuhi tanggungjawab berubudiyah serta melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah, kita perlu memiliki hati tulus dan ikhlas. Tulus tanpa sebarang kepentingan peribadi. Ikhlas semata-mata mengharap redha Allah. Inilah gambaran hati yang sungguh indah. Kebaikannya akan membawa manfaat kepada hidup insan lain.

Hati yang indah ini juga bermaksud hati yang ikhlas. Tanda-tandanya dapat dilihat;
1.Takutkan kemasyhuran.
Ibrahim bin Adham berkata: "Orang yang cintakan kemasyhuran tidak berlaku benar terhadap Allah".
Fudhahil bin'Iyad berkata: "Jika kamu boleh membuatkan kamu tidak dikenali, maka lakukanlah.Apa salahnya jika kamu tidak dikenali? Apa salahnya jika kamu tidak dipuji? Apa salahnya jika kamu dikeji oleh manusia tetapi dipuji di sisi Allah?".
Bisyr Al-Hafiy berkata: "Tidak akan merasakan manis kehidupan akhirat orang yang suka terkenal di tengah-tengah kalangan manusia".
2. Sentiasa khuatir amalan diri tidak Allah terima jika ada riyak menyusup tanpa disedari.
3. Beramal diam-diam secara sembunyi dari publisiti.
4. Tidak asyik dan mengharapkan pujian.
5. Tidak kedekut memuji orang lain yang berhak dipuji.
6. Melaksnakan tanggungjawab khalifah Allah tanpa mengharap pengiktirafan ketokohan juga sebarang jawatan kepimpinan.
7.Mencari keredhaan Allah, bukan redha manusia.
8. Redha dan marah kerana Allah semata-mata.
9. Sabar di sepanjang jalan hidup.
10. Merasa senang sekiranya ada orang lain yang turut bergabung keupayaan dalam melaksanakan amanah Allah.
11. Menghindari ujub dan bangga diri.
12. Terus-menerus menjalani proses pembersihan diri dan nafsu.

Nabi s.a.w, pernah bersabda maksudnya:

"Hati itu empat. Hati yang bersih, di dalamnya ada pelita bercahaya, itulah hati yang mukmin. Hati hitam dan songsang, itulah hati yang kafir. Hati yang tertutup dan terikat pada tutupannya, itulah hati yang munafik. Hati yang terbentang, di dalamnya mengandungi keimanan dan kemunafikan.

semoga kita memiliki hati bersifat tenang (mutmainnah), iaitu sebati dengan zikrullah, mempunyai keyakinan iman di peringkat ainul yaqin, berjaya menghakikatkan konsep ubudiyah kepada Allah, menundukkan keinginan nafsu kepada iradah Allah dan bersih daripada sifat merosakkan..
ameen..=)

Thursday, April 15, 2010

PENGORBANAN SEORANG IBU



















Memang sukar untuk orang lain percaya, tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata :"Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kamiadik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik
panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan
dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" –PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan
dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir
seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiah kan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya
penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum & berkata "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. SAYA SAYANG IBU….…

I LUV MY UMMI SO MUCH..

Saturday, March 27, 2010

THE STORY OF A BROKEN HEART


~d gurl said.."sad..sad..sad.. wanna cry.. wanna shout.. YAALLAH please cure my heart.. please take all the pains away.. please make my heart strong enough to live my life.. I'm not a toy, I don't enjoy to be played.."

Common gurl.. wipe your tears.. mend your heart.. stand strong.. fly wherever you wish..

~ built a wall, not to block anyone out but just to see who loves you truly enough to climb over it
~ stand for what you believe in, even if it means you're standing alone
~ every story has an end, but in life every end is just a new beginning
~ there comes a point in your life when you realize who matters, who never did and who won't anymore, so forget about the people in your past. there's a reason why they didn't make it to your future love
~ one day someone will walk into your life and make you realize why it didn't work with anyone else
~ love is just complicated, but when we find someone who truly loves us we will say.. 'wow..it was so worth all those heartbreaks and tears

Friday, March 26, 2010

HAPPY BIRTHDAY BELUVED UMMI


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya..

"Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan"

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan
tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."

Wednesday, March 10, 2010

HAKIKAT KEHIDUPAN


Tuhan sengaja temukan kita dengan orang yang salah,
Sebelum menemui insan yg betul,
supaya bila kita menemui insan yg betul,
Kita akan tahu utk bersyukur dgn nikmat pemberian
& hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup,
Yang lain akan terbuka Tapi, kita akan memandang
Pintu yang telah tertutup itu terlalu lama,
Hinggakan kita tidak nampak,
Pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah,
Seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian
Dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun
Dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan
Bahawa itulah perbualan yang paling hebat
Yang pernah dialami.

Benar yang kita tidak akan tahu
apa yang telah kita punyai,
Sehinggalah kita kehilangannya,
Benar kita tidak tahu, apa yg kita rindu
sehinggalah 'ia'datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda,
bukan satu kepastian yg mereka,
Akan menyintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan,
Nantikan sahaja ia mekar di dalam hati mereka,
tapi jika ianya tidak,
Pastikan ia terus mekar di dalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa seminit
untuk jatuh hati pada seseorang,
Satu jam utk menyukai seseorang,
Satu hari utk menyintai seseorang,
Tetapi, Ia mengambil masa sepanjang hidup
untuk melupakan seseorang

Jangan pandang kepada kecantikan,
Kerana boleh jadi ianya palsu,
Jangan kejar kemewahan, krn ia akan susut,
Carilah seseorang yg membuatkan anda tersenyum,
Kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman,
Untuk mencerahkan hari yang suram.

Akan tiba satu ketika dalam kehidupan anda,
Rasa amat rindukan seseorang sehingga anda ingin,
Menggapainya dari mimpi & memeluknya dlm realiti.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,
Pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui,
Dan jadilah apa yang anda inginkan,
Kerana anda hanya memiliki satu kehidupan,
Dan satu peluang, untuk melakukan
semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup,
Untuk membuatkan diri anda menarik,
Percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat,
Kesedihan yg cukup untuk memastikan anda adalah insan
Dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,
Jika anda rasa ianya menyakitkan anda,
Fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia,
Bukan dengan memiliki segala yg terbaik,
Mereka hanya membuat yang terbaik,
Dalam hampir apa saja yang datang,
Di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak pada mereka yg menangis,
Mereka yang terluka,
Mereka yang telah mencari,
Dan mereka yang telah mencuba,
Hanya mereka yg tahu menghargai insan,
Yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman,
mekar dengan ciuman
dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan,
Kehidupan lalu yang telah dilupakan,
Anda tdk boleh meneruskan kehidupan yg sempurna,
Sehingga anda melupakan kegagalan,
Dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis,
Dan orang di sekeliling anda tersenyum,
Teruskanlah hidup anda supaya apabila,
Anda mati nanti, Andalah yang akan tersenyum
Dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Jadikanlah keredhaan Allah itu sebagai matlamat,
Jalannya penuh ranjau, namun tetapkanlah hati,
Sedikit kesabaran, secawan kepahitan,
setinggi harapan, dan doa yang tak putus,
InsyAllah akan datangnya kemanisan..
Jangan hanya tahu berkata-kata,
Tapi rasailah kesakitannya,
Baru kita kan jadi orang yang bersyukur...

Bersama kesusahan itu datangnya kesenangan..
Dan bersama kesenangan itu datangnya kesusahan...
Semoga redha Allah bersama kita.....

Monday, March 8, 2010

DOA SEORANG KEKASIH


Oh Tuhan,
Seandainya telah kau catatkan dia milikku, Tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan Ya Allah,
Ku mohon apa yang telah kau takdirkan,
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku,
Kerana engkau tahu segala isi hatiku,
Peliharalah daku dari kemurkaanMu Ya Tuhanku,

Yang Maha Pemurah,
Beri kekuatan jua harapan, Membina diri yang lesu tak bermaya,
Semaikan setulus kasih di jiwa, Ku pasrah kepadaMu,
Kurniakanlah pasangan yang beriman, Bisa menemani aku
supaya ku dan dia dapat melayar bahtera
ke muara cinta yang engkau redhai Ya Allah,
Engkau sahaja pemeliharaku,
Dengarkan rintihan hambaMu ini,
Jangan engkau biarkan ku sendiri,
Agarku bisa bahagia, Walau tanpa bersamanya,
Gantikanlah yang hilang,
Tumbuhkanlah yang telah patah,
Ku inginkan bahgia di dunia dan di akhirat,
PadaMu Tuhan ku mohon segalanya…

Thursday, March 4, 2010

WARKAH BUAT HAWA

HAWA...
Andai engkau masih remaja, jadilah anak solehah kepada kedua ibubapamu. Andai engkau telah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu. Andai engkau seorang ibu didiklah anak2mu sehingga dia tidak gentar mperjuangkan AdDin Allah

HAWA...
Andai kau belum berkahwin jangan engkau risaukan jodohmu. Ingatlah Hawa janji ALLAH Tuhan kita; setiap kita dijadikan berpasangan. Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana di situlah bermulanya bibit bibit zina dan telah ramai yang kecundang dengan kejahatan nafsu. Jangan kau goncang keimanan lelaki, biarlah hatimu selembut tangan yang menghayun buaian.

HAWA...
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupamu, lelaki soleh tidak memandang keseksianmu, lelaki yang warak tidak menilai keayuanmu, kemanjaanmu. Tetapi lelaki yang beriman akan melihat akhlak muliamu peribadi cantikmu dan teguh pegangan agamamu.

Sebelum menjadi miliknya yang sah, lelaki yang baik tidak akan mencemarkanmu. Lelaki yang soleh akan melindungimu dari sebarang kejahatan. Lelaki yang warak akan memelihara kehormatanmu. Jika tiada sifat-sifat itu dia bukanlah bakal pelindungmu yang baik

HAWA remaja..
Lindungi auratmu, elokkan akhlakmu, cantikkan peribadimu, pelihara kehormatanmu, jaga pandangan matamu. Ingat ALLAH telah janjikan pasangan kita dan andai taqdirNYA tiada cinta ADAM untukmu:. cukuplah cinta ALLAH yang abadi dan kehangatan cinta kedua ibu bapamu yang pasti.

HAWA...
Cintailah ALLAH dikala susah dan senang, nescaya kamu akan mendapat kecintaan dari yang menyintai pencipta cinta..

JIKA AKU JATUH CINTA

YaALLAH jika aku jatuh cinta, cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU agar bertambah kekuatanku menyintaiMU

YaMUHAIMIN jika aku jatuh hati, izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMU agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

YaRABBUL IZATI jika aku rindu, rindukan aku pada seseorang yang rindu memperjuangkan ADDINMU agar aku tidak terlalai dengan dunia yang penuh dengan tipudaya...

Friday, February 19, 2010

INILAH WANITA WAHAI LELAKI..














HAWA diciptakan dari tulang rusuk ADAM
Bukannya dari kepala untuk dijunjung
Bukan pula dari kaki untuk dijadikan pengalas
Tetapi dari sisi untuk dijadikan teman hidupnya
Dekat di lengannya untuk dilindungi
Dekat dihatinya untuk dikasihi, disayangi & dicintai
Dan wanita bukankah seorang anak, isteri, adik
& IBU kepada seorang lelaki?
Oleh itu kasehanilah & jangan kau sakiti

seorang wanita umpama..sekuntum bunga di taman
segar mewangi di pelosok dunia..setulus kasih sesuci embun
lembut wanita kerana tutur katanya..mesra wanita kerana senyumannya
patuh wanita kerana setianya..cekal wanita kerana beraninya
sabar wanita kerana imannya..kasih wanita kerana belaiannya
lemah wanita kerana airmatanya..ikhlas wanita kerana simpatinya
dendam wanita kerana cemburunya..sayang wanita kerana sifat keibuannya
tanpa wanita lelaki lemah..kerana wanita lelaki kalah

KALAU ANDA TIDAK BOLEH MENJADI CEMARA DI PUNCAK BUKIT,
JADILAH DANAR YANG PALING INDAH DI HUJUNG BELUKAR..
KALAU ANDA TIDAK DAPAT MENJADI PEPOHON YANG RENDANG TEMPAT BERTEDUH,
JADILAH PERDU YANG PALING KUKUH TEMPAT BERTAUT
KERANA SEMUA ORANG TIDAK BOLEH MENJADI NAKHODA, ADA JUGA YANG TERPAKSA BERBAJU KELASI..

Tuesday, February 16, 2010

ANTARA LELAKI & PEREMPUAN

SEMASA DI ATM.

Lelaki:
1. Pandu ke bank, parking dan berjalan ke mesin ATM
2. Masukkan card
3. Tekan number PIN dan jumlah yang dikehendaki
4. Ambil duit, card dan receipt

Wanita:
1. Pandu ke bank
2. Matikan enjin kereta
3. Perhatikan makeup di muka melalui cermin pemandu
4. Semburkan minyak wangi
5. Sikat rambut dan berjalan ke mesin ATM
6. Mencari Kad ATM di dalam beg tangan
7. Masukkan kad ATM
8. Mencari nombor PIN ATm dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan
9. Tekan nombor PIN
10. Membaca arahan ATM selama hampir 2 minit
11. Tekan "Batal"
12. Tekan sekali lagi nombor PIN
13. Tekan "Batal" sekali lagi
14. Telefon suami atau pakwe untuk bertanya nombor PIN yang betul
15. Tekan nombor PIN yang betul dan periksa baki duit yang tinggal
16. Masukkan jumlah yang dikehendaki
17. Tekan "Salah"
18. Masukkan jumlah yang agak besar
19. Tekan "Salah" sekali lagi
20. Masukkan jumlah yang lagi besar
21. Keluarkan dan ambik duit dari mesin ATM
22. Masuk ke dalam kereta
23. Periksa makeup di muka sekali lagi
24. Mencari kunci kereta dalam beg tangan
25. Hidupkan enjin kereta
26. Jalankan kereta.
27. Berhenti tiba-tiba
28. Pergi balik ke mesin ATM
29. Ambil Kad yang tertinggal dan resit.
30. Masuk kembali ke kereta
31. Letakkan kad ATM di atas Dashboard
32. Buang resit atas jalan
33. Tengok dekat cermin pemandu
34. Perika makeup sekali lagi
35. Membetul-betulkan rambut
36. Masukkan gear kereta untuk reverse (undur)
37. Brake mengejut lagi
38. Masukkan gear kereta ke depan sebab tersilap tadi
39. Memandu lebih kurang 3 km
40. Baru teringat nak lepaskan hand brake..


SEMASA LUNCH

Lelaki
1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau

Perempuan
1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati..masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke??tak bersih?..eeeeiiii..
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak..
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku ambik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa.Duduk..
40. Alamak..Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh..kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak2 kater makanan tak sedap
61. Ngumpat2..tgk orang
62. Pukul 2, naik opis..
63. Ambik beg makeup, g surau!!!!!

No wonder women are more complex than men emotionally......

Thursday, February 11, 2010

PESANAN UNTUK MUSLIMIN.. PERINGATAN UNTUK MUSLIMAT

Pesanan Untuk Lelaki

'Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ANANAH, yang MANANAH, dan yang HANANAH,dan jangan engkau kahwini yang HADAQAH, yang BARAQAH dan yang SYADAQAH'

1. wanita ANANAH banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

2. wanita MANANAH suka membangkit-bangkit terhadap suami. wanita ini menyatakan 'aku membuat itu keranamu'.

3. wanita HANANAH menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4. wanita HADAQAH melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5. wanita BARAQAH ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

6. wanita SYADAQAH banyak cakap, tidak menentu lagi bising.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

Sunday, February 7, 2010

CINTA oleh KHALIL GIBRAN

kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?
ketika kita menangis? ketika kita membayangkan?
itu karena hal terindah di dunia tdk terlihat

ketika kita menemukan seseorang yang
keunikannya sejalan dengan kita, kita bergabung
dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan
serupa yang dinamakan cinta.

Ada hal2 yang tidak ingin kita lepaskan,

seseorang yang tidak ingin kita tinggalkan,
tapi melepaskan bukan akhir dari dunia,
melainkan suatu awal kehidupan baru,
kebahagiaan ada untuk mereka yang tersakiti,
mereka yang telah dan tengah mencari dan
mereka yang telah mencoba
karena merekalah yang bisa menghargai betapa
pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.

Cinta yang sebenarnya adalah ketika kamu
menitikkan air mata dan masih peduli terhadapnya,
adalah ketika dia tidak memperdulikanmu dan
kamu masih menunggunya dengan setia.

Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan
kamu masih bisa tersenyum dan berkata
” aku turut berbahagia untukmu ”

Apabila cinta tidak bertemu bebaskan dirimu,
biarkan hatimu kembali ke alam bebas lagi.
kau mungkin menyadari, bahwa kamu menemukan
cinta dan kehilangannya, tapi ketika cinta itu mati
kamu tidak perlu mati bersama cinta itu.

Orang yang bahagia bukanlah mereka yang selalu
mendapatkan keinginannya, melainkan mereka
yang tetap bangkit ketika mereka jatuh, entah
bagaimana dalam perjalanan kehidupan.
kamu belajar lebih banyak tentang dirimu sendiri
dan menyadari bahwa penyesalan tidak
seharusnya ada, cintamu akan tetap di hatinya
sebagai penghargaan abadi atas pilihan2 hidup
yang telah kau buat.

Teman sejati, mengerti ketika kamu berkata ” aku lupa ….”
menunggu selamanya ketika kamu berkata ” tunggu sebentar ”
tetap tinggal ketika kamu berkata ” tinggalkan aku sendiri ”
mebuka pintu meski kamu belum mengetuk dan
belum berkata ” bolehkah saya masuk ? ”
mencintai juga bukanlah bagaimana kamu
melupakan dia bila ia berbuat kesalahan,
melainkan bagaimana kamu memaafkan.

Bukanlah bagaimana kamu mendengarkan,
melainkan bagaimana kamu mengerti.
bukanlah apa yang kamu lihat, melainkan apa
yang kamu rasa,
bukanlah bagaimana kamu melepaskan melainkan
bagaimana kamu bertahan.

Mungkin akan tiba saatnya di mana kamu harus
berhenti mencintai seseorang, bukan karena orang
itu berhenti mencintai kita melainkan karena kita
menyadari bahwa orang iu akan lebih berbahagia
apabila kita melepaskannya.

kadangkala, orang yang paling mencintaimu adalah
orang yang tak pernah menyatakan cinta
kepadamu, karena takut kau berpaling dan
memberi jarak, dan bila suatu saat pergi, kau akan
menyadari bahwa dia adalah cinta yang tak kau sadari

buat tatapan yang telah sedang & akan BERCINTA

Friday, February 5, 2010

DON'T LEFT ME WHEN YOU FIND ME

Miles away from those I love,
purpose hard to find
I wish I was there,
Back where I'd love to be
Dear Allah,the only thing I ask of you
Is to hold them when I'm not around,
when I'm much too far away
Don't let them left me when they found me
Cause I'm lonely and I'm tired
I wish I'm not missing them again Oh no...once again
There's nothing here for me There's no one here
Can't help but think of the times I've had with them
Pictures and some memories will have to help me through
Some search...never finding a way
Before long, they waste away
I found you, something told me to stay
I gave in, to selfish ways
And how I miss someone to hold
When hope begins to fade...