LET ME LUV U D WAY I DO..LET ME LUV U JUZ D WAY U ARE..

Guys, we love you, we really do. But as wonderful as you are, every so often you do something that makes us want to jump out the nearest window or push you out first...

Wednesday, January 20, 2010

APA YANG PEREMPUAN FIKIRKAN YANG LELAKI PERLU TAHU

1)Setiap kali dia call tapi panggilannya terputus, dia mungkin tidak akan menghubungi anda semula: tetapi percayalah,sebenarnya dia masih berada disisi telefon & mngharapkan kamu menghubunginya semula sbg bukti anda belum puas mendengar suaranya.
((Yg ni betul..aku stuju. Lau dh tputus tu pmpuan harapkn sgt llaki ambil inisiatif call balik. Barula pmpuan tu rasa dhargai. Pmpuan rase hegeh2 sgt lau dia tpaksa call lelaki tp mmandangkan rindu yg x tertahan tu dia terpaksa korbankan ego & wang rmnya demi lelaki yang dikasihi. Tapi alangkah bengongnya llaki yg tak reti2 nak ucap tima kasih bila pmpuan yg tefon & xnak tefon pmpuan tu (lemak dah byk) sbb dia rase diri dia tu hebat sangat kot sampai ade perempuan yang call dia. Notgud ni..lau pmpuan tepon faham2 jela. Maknanya awak tu yg kedekot kdt tahap jering busuk)

2) Sekiranya dia memberitahu kamu dia amat rindukan kamu, itu bmakna dia amat mharapkan kamu berada disisinya kala itu..
((Betul tu... pmpuan ni ske kias-kias. Sbnrnya dia nak ajak dating la tu tp die guna cara kata2 rindu supaya lelaki faham penyakit rindu ubatnya datingla. Nengok wayang ke, pegi zoo ke.. heh2. ni tak..lau perempuan tu kata rindu, lelaki bengong pun akan kate rindu gak, malah dua kali ganda rindunya dan akan kate sabarlah dengan rindu tersebut sebab ia dugaan bercinta.. pegidah...tak faham2 betul)

3) Dia mungkin akan berkata 'tidak' setiap kali kamu mempelawa utk membelikan hadiah untuknya.tapi jauh disudut hati,dia amat berharap hadiah itu menjadi miliknya..
((Ha ni paling best nih... pempuan yang sejak azalinya dianugerahkan sifat malu yang lebih tinggi daripada lelaki akan kate takpelah jika lelaki nak belikan dia sesuatu. Tapi sebenarnya dia nak. Hatinya meronta2 kate nak tapi sebab dia malu dia lebih selesa kate tak. Ade lelaki mengong tu lau nampak pempuan tu dah belek2 tedy bear ke, cincin ke... maknanya dia nak la tu tapi si lelaki ni buat bodo je.. memang bodo ni...ala ape salahnya belikan dia. Pempuan memang ske ade gift daripada pakwe dia walaupun hanya sebiji gula2 dia akan menyimpan plastik gula-gula tu kat dalam diari dia...pecayelah)

4) Setiap kali dia merajuk, sebenarnya dia hanya mengharapkan kamu bersungguh-sungguh memujuknya..
((Kalau lelaki jenis ego nak mampos jangan harapla nak pujuk. Aku sebagai wanita akan merajuk jika benda yang aku tak salah orang tuduh2 pantang betul aku. Aku tak akan minta maaf atau melutut ke ape ke... no way. Lelaki yang gentle bagi aku lelaki yang mengalah dengan sifat perempuan yang hatinya terlalu sensitif jika sang lelaki itu mengguris hati dan perasaanya. Tidak perlu minta maaf hanya genggam tangannya erat2...kesat airmatanya dengan jari anda and bisikkan ditelinganya yang anda benar2 sayangkannya...pergh kompem hati wanita merajuk itu akan melting macam mentega yang dicairkan di kuali panas)

5) Perempuan biasanya ingin selalu diberi perhatian..
((Benar. Kalau perempuan tengah cakap tu pandangla mata dia. Lau cite yang dia cite tu tak best ke ape ke si lelaki tu angguk2 amik ati jela then try ubah topik. Ni tak. Time perempuan tu dok pot pet pot pet bercerita mata dia boleh plak jeling kat pompuan lain tgh lintas jalan.. adeke patut. Lau bawak jumpe kawan2 si lelaki janganla tinggalkan dia. O mentang2 dah jumpe kawan aweknya di sisihkan. Byk cantik. At least perkenalkanla dia sebagai buah hati ke ape ke...takla perempuan tu rase kecil hati dan rasa tidak diberi perhatian…)

6) Dia akan cepat berkecil hati sekiranya kamu asyik mempersoalkan fizikalnya.jangan sesekali membuat dia berasa begitu rendah diri apabila berada disisi kamu!
((Perkara ni terjadi lau si lelaki lebih up dari perempuan. Mungkin perempuan tu gemuk air ke, pendek ke, hitam ke...berjerawat batu ke... jgnla tegur. Terimalah kekurangan dirinya itu dan jangan ejek2 atau buat gurauan melibatkan fizikalnya. Laa... kalau dah rase orang tu tak menepati citarasa kenapa awak pilih dia sebagai makwe..ish...tahpape tah...nampak sgt awak tu tak laku cik abang oi...)

7) Dia mungkin mempunyai ramai lelaki lain dalam hidupnya.dan dia mungkin akan selalu membandingkan kamu dgn mereka.tetapi percayalah,cintanya tak pernah berubah terhadap kamu.
((Betul tu. Antara kawan dengan kekasih banyak bezanya. Ni aku refer kepada student2 la khasnya. Biasalah lau ade kerja group yang akan campur lelaki dan perempuan. Dah memang syarat pun dalam group mesti mempunyai sekurang2nya seorang lelaki kan. Kalau dia nak banding2kan tu maknanya dia nak kamu berubah jadi baik dan sempurna di matanya. Jgn kisah sgtla..n jgn jeles mgkhinzir buta)

8) Sikap ambil beratnya kadang2 merimaskan kamu.percayalah, sekiranya seorang perempuan itu tidak mengambil berat ttg dirimu, dia sebenarnya langsung tidak mempunyai perasaan terhadap kamu!
((Lihat sahaja mak korang. Mustahil takde yang amik berat gila2. hati seorang perempuan memang gitu.Hal2 kecik pun dia begitu prihatin. Amik berat tandanya she’s corcern. Bertuahnya kamu kan ade orang mempunyai banyak masa untuk berfikir tentang kamu. Jadi bersyukurlah)
**boleh buat panduan k tidak?..timbang dgn akal..copy paste jer ni..so kalau de bhs trkasar..maafla..AINA**

Saturday, January 16, 2010

BICARA CINTA

Adakah telapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar kencang dan suara kita tersekat di kerongkong. Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata daripadanya? Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada disana? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kita tetap mengatakan yang kita menyintainya kerana kita tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hati kita terpikat? Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita telah berhutang budi kepadanya? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kita mengatakan kepadanya bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kita rela memberikan semua hal yang kita senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi…adakah kita tetap bertahan kerana diantara kesedihan dan kegembiraan, penderitaan dan kebahagiaan yang membutakan dan sukar difahami walau berjuta penyair mencari maknanya…menarik kita mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH CINTA.

Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu sebahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat? ITULAH CINTA.

Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih? ITULAH CINTA.

Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia? ITUAH CINTA.

Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa kita begitu mendalam sehingga menusuk? ITULAH CINTA.

Wednesday, January 13, 2010

WARKAH CINTA TERAKHIR

Saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari CINTA saya. Tapi, pertama kali saya bertemu awak, hati saya terus terpaut. Demi tuhan, saya tidak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya.

Saya telah menolak awak, tapi awak mencabar saya dengan kesabaran awak, awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan. Dan, awak berjanji saya bukan salah seekor rama rama perhiasan di dinding kamar tidur awak.

Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak. Saya tidak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak. Dan di saat saya menCINTAi awak, saya telah jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. Lemas dan hampir tenggelam di dalam lautan kasih sayang, seribu impian dan saya mula terpikir, saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak, rupanya awak ada di sisi saya selama ini dan baru saya sedari tika dan saat itu.

Bagai merpati putih CINTA saya berkelana mencari singgahsana di hati awak. Nyata saya tak menemuinya. Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki CINTA saya, awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tidak mampu saya selam. Di sana saya tak mampu melihat cahaya. Awak berikan saya harapan, dan akhirnya awak jugalah yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam.

Saya sedih sangat, bila awak kata tidak perlu kewujudan saya di tengah-tengah awak meniti bahagia. Tapi jauh di sudut hati ini saya merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu CINTA dan mungkin tidak akan pernah dewasa atau mungkin juga awak belum pernah benar benar jatuh CINTA pada seseorang. Jadi saya tertanya, selama ini siapa saya sebenarnya di hati awak?

Adakah selama ini awak sebenarnya tidak pernah menyintai saya?
Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati?
Siapa yang mengajar saya bahawa CINTA itu memerlukan pengorbanan?
Siapa yang memberitahu saya agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri??

SEMUANYA AWAK!

Awak mungkin jenis LELAKI yang boleh menyintai ramai WANITA berkali kali. Tapi saya pula seorang DEWI yang percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada 1 DEWA, 1 CINTA dan 1 MAHLIGAI BAHAGIA
Kita hidup sekali, mati sekali dan menyintai sekali.

Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil separuh kekuatan yang saya ada. Jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak. TIDAK!
Bagaimana harus saya bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biarpun pada ketika awak berada di sisi saya. Di setiap saat saya mengingati awak. Seumur hidup ini saya menCINTAi awak.

Awak,
Sebelum saya menghilang diri dari dunia awak, saya ingin nyatakan sesuatu, yang tidak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya kepada saya, sedalam mana saya CINTAkan awak, inilah jawapan saya;

'Kalau suatu hari, awak kehilangan suara, saya akan memberikan suara saya, agar awak dapat bersuara semula. Meskipun waktu itu, saya akan bisu buat selamanya'
'Dan kalau suatu hari awak kehilangan hati, saya akan memberikan hati saya agar awak dapat hidup untuk selama lamanya, meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia ini (awak tak pernah tahu)'

Seseorang pernah berkata,

'If you really LOVE someone, then let that person go. If that person is meant for you, than that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place'

Awak,
Kerana saya menCINTAi awaklah saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak. Saya berdoa supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa yang awak cari. Supaya suatu hari nanti awak akan memahami apa erti CINTA yang sebenar. Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya terlalu menCINTAi seseorang dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya.

Awak,
Saya percaya DIA yang mempertemukan kita, saya tahu ada hikmah di sebalik semua ini. Saya juga tidak pernah kesal sekurang kurangnya sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya,menerima seada awak dengan seada saya.

Saya juga percaya, andai benar kita ada jodoh, awak akan kembali pada saya. Itu bukan harapan saya tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada TAQDIRNYA dan kalaupun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yg terbaik utk kita.

~ Penulis asal tidak diketahui ~ (macam sesuai shj..tapi tidak ada kena mengena dgn yg hidup ataupun yg telah tiada)

Tuesday, January 5, 2010

KITA TIDAK SEMPURNA..

Bila kamu memancing ikan..
Stlah ikan terlekat dimata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu..
Jgnlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu saja..
Kerana ia akan SAKIT oleh bisanya ketajaman mata kailmu..
& mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitu juga..Setelah kamu memberi PENGHARAPAN kpd sseorang..
Setelah ia MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya..
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu...
dan mungkin dia akan MENDERITA selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada...
cukuplah sekadar KEPERLUANmu...
jangan terlalu bergantung pada takungannya...
dan janganlah menganggap ia begitu teguh...
Apabila sekali ia retak, tentu sukar utk menampalnya semula..
Akhirnya ia dibuang, sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya..
mungkin ia masih dapat dipergunakanlagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang...
TERIMALAH seadanya, anggaplah dia manusia biasa...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya...
dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA...
Apabila sekali dia membuat KESILAPAN..
tentu sukar untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya...
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA..
hubungan kamu akan TERUS hingga keakhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yg kamu pasti baik untuk dirimu, mengenyangkan, berkhasiat..
Mengapa kamu berlengah mencari makanan yang lain...
yang kamu anggap lagi lazat...?
Kelak nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya lagi..
Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
yang kamu pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu..
MENYAYANGIMU, MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain...
yang kamu anggap lagi SEMPUNA...?
Kelak kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik org lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL.

waAllahu'alam... (^-^)

Monday, January 4, 2010

CINTA KITA

Hidup adalah warna pelangi
Cinta menyapa tanpa kita disedari
Walau dirimu disana aku di sini
Kupasrah itu hakikat sejak azali

Aku adalah pencinta biasa
Mencintaimu dengan hati dan jiwa
Biarku mencinta dengan caraku
Cinta yang mengharap setiamu

Cinta tanpa alasan apa-apa
Cinta seperti api dan bara
Cinta seperti embun dan pagi
Cinta seperti hujan dan pelangi

Dirimu hatiku pilih untuk melabuhkan cinta
Bukan cinta untuk melampias nafsu semata
Bukan cinta untuk saling berjanji dusta
Tapi cinta untuk menggapai bahagia

Ku nikmati keindahan cinta yang ada
Walau cuma di dunia maya kita bersua
Walau hanya dalam nada mendengar suara
Nurani kutetap menyimpan harapan menjadi nyata
Mendamba kasih dan pembelaanmu sampai ke syurga

Sunday, January 3, 2010

SUARA HAWA...

“Adam….. Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Akulah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, agar tidak terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam… Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu diakhir zaman, itulah ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu yang mengatasai kaumku nescaya merahlah bumi ini dengan darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Sejarah membuktikan dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Maka selaras jugalah dengan undang-undangNYA yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu.

Adam… Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi… aku risau & gundahgulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata kini, aku & kaumku telah ramai yang menderhakaimu,. tidak menjaga harta & kehormatanmu. Adam… Mengapa kau biarkan aku begini. Aku jadi ibu. Aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama. Aku ke muka menguruskan hal negara. Aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha, mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam… Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu. Namun Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam… Kau sememangnya imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu dan kau ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Sedangkan aku, akalku satu nafsuku beribu!

Dari itu Adam….pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah aku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah aku kalimah syahdu dari Tuhan kita agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam… Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang mengamanahkan aku kepadamu.
ADAM RENUNGKAN……”