“Adam….. Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Akulah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, agar tidak terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam… Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu diakhir zaman, itulah ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu yang mengatasai kaumku nescaya merahlah bumi ini dengan darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Sejarah membuktikan dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Maka selaras jugalah dengan undang-undangNYA yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu.
Adam… Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi… aku risau & gundahgulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata kini, aku & kaumku telah ramai yang menderhakaimu,. tidak menjaga harta & kehormatanmu. Adam… Mengapa kau biarkan aku begini. Aku jadi ibu. Aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama. Aku ke muka menguruskan hal negara. Aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha, mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam… Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu. Namun Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam… Kau sememangnya imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu dan kau ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Sedangkan aku, akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam….pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah aku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah aku kalimah syahdu dari Tuhan kita agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam… Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang mengamanahkan aku kepadamu.
ADAM RENUNGKAN……”
No comments:
Post a Comment