LET ME LUV U D WAY I DO..LET ME LUV U JUZ D WAY U ARE..

Guys, we love you, we really do. But as wonderful as you are, every so often you do something that makes us want to jump out the nearest window or push you out first...

Wednesday, January 20, 2010

APA YANG PEREMPUAN FIKIRKAN YANG LELAKI PERLU TAHU

1)Setiap kali dia call tapi panggilannya terputus, dia mungkin tidak akan menghubungi anda semula: tetapi percayalah,sebenarnya dia masih berada disisi telefon & mngharapkan kamu menghubunginya semula sbg bukti anda belum puas mendengar suaranya.
((Yg ni betul..aku stuju. Lau dh tputus tu pmpuan harapkn sgt llaki ambil inisiatif call balik. Barula pmpuan tu rasa dhargai. Pmpuan rase hegeh2 sgt lau dia tpaksa call lelaki tp mmandangkan rindu yg x tertahan tu dia terpaksa korbankan ego & wang rmnya demi lelaki yang dikasihi. Tapi alangkah bengongnya llaki yg tak reti2 nak ucap tima kasih bila pmpuan yg tefon & xnak tefon pmpuan tu (lemak dah byk) sbb dia rase diri dia tu hebat sangat kot sampai ade perempuan yang call dia. Notgud ni..lau pmpuan tepon faham2 jela. Maknanya awak tu yg kedekot kdt tahap jering busuk)

2) Sekiranya dia memberitahu kamu dia amat rindukan kamu, itu bmakna dia amat mharapkan kamu berada disisinya kala itu..
((Betul tu... pmpuan ni ske kias-kias. Sbnrnya dia nak ajak dating la tu tp die guna cara kata2 rindu supaya lelaki faham penyakit rindu ubatnya datingla. Nengok wayang ke, pegi zoo ke.. heh2. ni tak..lau perempuan tu kata rindu, lelaki bengong pun akan kate rindu gak, malah dua kali ganda rindunya dan akan kate sabarlah dengan rindu tersebut sebab ia dugaan bercinta.. pegidah...tak faham2 betul)

3) Dia mungkin akan berkata 'tidak' setiap kali kamu mempelawa utk membelikan hadiah untuknya.tapi jauh disudut hati,dia amat berharap hadiah itu menjadi miliknya..
((Ha ni paling best nih... pempuan yang sejak azalinya dianugerahkan sifat malu yang lebih tinggi daripada lelaki akan kate takpelah jika lelaki nak belikan dia sesuatu. Tapi sebenarnya dia nak. Hatinya meronta2 kate nak tapi sebab dia malu dia lebih selesa kate tak. Ade lelaki mengong tu lau nampak pempuan tu dah belek2 tedy bear ke, cincin ke... maknanya dia nak la tu tapi si lelaki ni buat bodo je.. memang bodo ni...ala ape salahnya belikan dia. Pempuan memang ske ade gift daripada pakwe dia walaupun hanya sebiji gula2 dia akan menyimpan plastik gula-gula tu kat dalam diari dia...pecayelah)

4) Setiap kali dia merajuk, sebenarnya dia hanya mengharapkan kamu bersungguh-sungguh memujuknya..
((Kalau lelaki jenis ego nak mampos jangan harapla nak pujuk. Aku sebagai wanita akan merajuk jika benda yang aku tak salah orang tuduh2 pantang betul aku. Aku tak akan minta maaf atau melutut ke ape ke... no way. Lelaki yang gentle bagi aku lelaki yang mengalah dengan sifat perempuan yang hatinya terlalu sensitif jika sang lelaki itu mengguris hati dan perasaanya. Tidak perlu minta maaf hanya genggam tangannya erat2...kesat airmatanya dengan jari anda and bisikkan ditelinganya yang anda benar2 sayangkannya...pergh kompem hati wanita merajuk itu akan melting macam mentega yang dicairkan di kuali panas)

5) Perempuan biasanya ingin selalu diberi perhatian..
((Benar. Kalau perempuan tengah cakap tu pandangla mata dia. Lau cite yang dia cite tu tak best ke ape ke si lelaki tu angguk2 amik ati jela then try ubah topik. Ni tak. Time perempuan tu dok pot pet pot pet bercerita mata dia boleh plak jeling kat pompuan lain tgh lintas jalan.. adeke patut. Lau bawak jumpe kawan2 si lelaki janganla tinggalkan dia. O mentang2 dah jumpe kawan aweknya di sisihkan. Byk cantik. At least perkenalkanla dia sebagai buah hati ke ape ke...takla perempuan tu rase kecil hati dan rasa tidak diberi perhatian…)

6) Dia akan cepat berkecil hati sekiranya kamu asyik mempersoalkan fizikalnya.jangan sesekali membuat dia berasa begitu rendah diri apabila berada disisi kamu!
((Perkara ni terjadi lau si lelaki lebih up dari perempuan. Mungkin perempuan tu gemuk air ke, pendek ke, hitam ke...berjerawat batu ke... jgnla tegur. Terimalah kekurangan dirinya itu dan jangan ejek2 atau buat gurauan melibatkan fizikalnya. Laa... kalau dah rase orang tu tak menepati citarasa kenapa awak pilih dia sebagai makwe..ish...tahpape tah...nampak sgt awak tu tak laku cik abang oi...)

7) Dia mungkin mempunyai ramai lelaki lain dalam hidupnya.dan dia mungkin akan selalu membandingkan kamu dgn mereka.tetapi percayalah,cintanya tak pernah berubah terhadap kamu.
((Betul tu. Antara kawan dengan kekasih banyak bezanya. Ni aku refer kepada student2 la khasnya. Biasalah lau ade kerja group yang akan campur lelaki dan perempuan. Dah memang syarat pun dalam group mesti mempunyai sekurang2nya seorang lelaki kan. Kalau dia nak banding2kan tu maknanya dia nak kamu berubah jadi baik dan sempurna di matanya. Jgn kisah sgtla..n jgn jeles mgkhinzir buta)

8) Sikap ambil beratnya kadang2 merimaskan kamu.percayalah, sekiranya seorang perempuan itu tidak mengambil berat ttg dirimu, dia sebenarnya langsung tidak mempunyai perasaan terhadap kamu!
((Lihat sahaja mak korang. Mustahil takde yang amik berat gila2. hati seorang perempuan memang gitu.Hal2 kecik pun dia begitu prihatin. Amik berat tandanya she’s corcern. Bertuahnya kamu kan ade orang mempunyai banyak masa untuk berfikir tentang kamu. Jadi bersyukurlah)
**boleh buat panduan k tidak?..timbang dgn akal..copy paste jer ni..so kalau de bhs trkasar..maafla..AINA**

No comments:

Post a Comment