LET ME LUV U D WAY I DO..LET ME LUV U JUZ D WAY U ARE..

Guys, we love you, we really do. But as wonderful as you are, every so often you do something that makes us want to jump out the nearest window or push you out first...

Tuesday, February 22, 2011

CINTA SEBELUM KAHWIN


Cinta sebelum kahwin itu hanya fatamorgana yang lebih menjuruskan kita berbuat dosa dan zina. Kuhembus nasihat ini buat diriku, buat dia yang kucinta(mrZA) juga kepadamu hai remaja2 sebagai tanda sayangku pada kalian.

Bagi para gadis yang belum berpunya, jangan gundah, kerana anda adalah pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga janji ALAH itu sampai, yakinlah! Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala, DIA menguji anda sedikit masa lagi.

Buat pemuda yang masih solo," first thing first"(specially to my 'inbox fren' mrRJ). Kenali prioriti anda, Jika memang sudah bersedia dan mampu untuk memiliki seorang suri pelengkap tulang rusuk kiri anda, teruskanlah jangan mundur lagi! Berusahalah menyediakan diri jadi yang terbaik dan soleh. Pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, untuk digunakan sebagai perantara untuk memikat anaknya yang solehah dan beriman itu agar terjaga pula warak dan iman anda.(^_^)'

Begitu juga buat yang sedang bercinta, jangan terlalu yakin kerana kita belum pasti apakah pertemuan kita itu sebuah jodoh yang benar. Syukurlah jika berakhir dengan pernikahan, serta tabah dan redholah jika sebaliknya.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa itu berliku dan banyak cabarannya. Jangan putus asa walau pernah ditolak atau gagal. Teruskan berusaha! di landasan yang Allah redho sahaja dan bersuluhkan petunjuk al-Quran dan Sunnah. Elakkan daripada jalan-jalan yang menjurus kepada kemaksiatan dan zina seperti bsms siang malam atau bergayut di telefon memanjang atau ajak keluar belanja makan atau menonton wayang, agar rumahtangga yang bakal dibina berasaskan Iman dan Taqwa untuk memperolehi keberkatan daiNYA.

Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar ditempuh. Beringatlah, jangan berpayah sangat dalam urusan jodoh kerana sudah sedia tercatat seungkap nama yang pasti di Loh Mahfuz untuk kita. Apa yang tak pasti cuma jalan kita untuk sampai ke KEPASTIAN itu, samada kita mengikut jalan yang mulia yang diredhoiNYA atau sebaliknya. Wallahu'alam.....

Wednesday, January 19, 2011

SUKA SUKA


(Terbaca post ni dari sebuah belog.. suka..:) Sweettttt juga. hi3.)

Saya mengaku saya tak cantik.
Saya tak reti & tak suke pakai mekap.
Saya tak suka dress up macam budak zaman sekarang.
Suka hati orang lainlah nak kata saya tak up-to-date or whatsoever.

Saya tak nak awak suka saya sebab bedak kat muka saya.
Sebab nanti kalau bedak dah hilang, mungkin awakpun hilang sama.
Saya tak nak awak suka mekap kat muka saya.
Sebab saya rasa hipokrit awak kata saya cantik,
mekap tu yang cantik sebenarnya.
Saya tak nak awak suka saya sebab saya pakai skinny jeans.
Sebab saya tak suka tunjuk2 body kat orang.

Saya nak awak suka saya sebab saya adalah saya.
Saya nak awak terima saya seadanya.
Terima keluarga saya.
Bukan sebab bedak di muka saya,
bukan sebab mekap dan sebagainya.

Saya pun cuba terima awak seadanya.
Saya tak kisah awak gemuk ke kurus ke.
Sebab bagi saya, 'Kegemukan adalah satu anugerah kecomelan!'
Saya tak kisah awak tinggi ke rendah.
Yang penting, awak ikhlas terima saya.
Ikhlas tu kite yang sama2 kena cari.

Saya harap awak boleh jadi imam saya nanti.
Saya tahu awak mampu bimbing saya.
Sebab saya insan lemah yang perlukan bimbingan.
Saya harap awak tolong saya jaga ibu ayah saya.
Saya pun boleh tolong awak jaga ibu ayah awak.

Saya faham semua orang ada masalah.
Saya ada masalah, awak pun ada.
Jangan risau, kite boleh share sama2.
Walaupun kadang2 saya tak dapat tolong selesaikan,
tapi sekurang2nya saya boleh tolong dengar.

Kalau jodoh saya & awak dah sampai
Saya tak kisah sebab saya percaya semua itu urusan Allah
Saya redha.

Ikhlas dari,
Saya.